Sejarah dan latar belakang Ø Ibnu Sina atau nama sebenarnya Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina, dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi . Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenang ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun selepas itu, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Man
Comments
Post a Comment