AL-BIRUNI (973M-1048M)



Al-Biruni  (973M-1048M)

Sejarah dan latar belakang

Nama sebenar beliau adalah Abu Raihan Muhammad Bin Ahmad Al Biruni. Dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Khath pada 15 September 973 dan meninggal dunia pada 13 Disember 1048. Beliau digelar sebagai Al-Biruni yang bermaksud "Asing" , ini dirujuk pada tempat kelahirannya yang ketika itu dikhaskan untuk pemukiman bagi orang asing. Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai pendidikan awal beliau, ini kerana tiada maklumat yang terperinci mengenai pendidikan awal Al-Biruni. Walaupun begitu ilmuwan Islam ini dikenali kerana sikapnya yang cintakan ilmu dan rajin membaca serta menulis ketika usia remajanya. Sekitar usianya 17 tahun beliau telah menunjukkan ciri ciri seorang ilmuwan apabila meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitude maksima matahari. Pada usia 22 tahun beliau telahpun mempunyai kajian bertulis yang bertajuk "Kartografi" yang merupakan cara pemetaan geografi bumi pada sudut datar. Tidak berhenti setakat itu ilmuwan islam ini yang tidak mengenal erti lelah dalam menuntut ilmu mengikuti beberapa penjelajahan ke beberapa buah negeri hinggalah beliau mengikuti ekspidisi ke India bersama Sultan Mahmoud. Kecerdasan Al Biruni telah meransang dirinya untuk menulis karya karya tentang astronomi dan mengkaji tentang pergerakan alam semesta. Semangat dan kebijaksanaan Al-Biruni ini telah diangkat oleh ilmuwan Barat, Max Mayerhof yang menyatakan Al-Biruni bukan sahaja ilmuwan biasa, beliau merupakan pakar astronomi , matematik , ahli fizik bahkan ahli geografi dan juga sejarawan. Tokoh dan ilmuwan besar ini akhirnya menghadap Ilahi pada 1048 M, dalam usia 75 tahun di Ghazna (kini wilayah Afganistan).

Sumbangan kepada dunia

Dalam Bidang Astronomi

Ø  Kitab Al-Qanun Al Mas'udi. Karya Al-Biruni merupakan kitab yang merangkumi ilmu tentang Astronomi telah ditulis pada tahun 1031M. Kitab ensiklopedia ini  ini mengandungi segala maklumat tentang astronomi pada  ketika itu dengan sangat terperinci.  


Kitab Al-Qanun Al Mas'udi.

Ø  Penemuan Al-Biruni dalam bidang astronomi adalah astrolobe, salah satu instrumen untuk mengetahui posisi sebuah planet. Dengan menggunakan astrolobe, posisi terdekat dan terjauh sebuah planet dan bintang-bintang dapat ditentukan. Al-Biruni juga diakui sebagai astronomi yang mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya. Bumi juga memiliki graviti atau daya tarik.
Ø Al-Biruni diakui sebagai seorang yang berhasil melakukan pemerhatian  astronomi dengan  ketepatan dan ketelitian yang luar biasa

                      


Contoh-contoh astrolobe

Dalam Bidang Fizik dan Matematik

Ø Al-Qanun fi’Ulumi Al-Haiati Wal-Nujumi, merupakan buku  yang amat berharga tentang ilmu perbintangan, matematik, dan geografi.  Ketika  di  bawah  perlindungan Sultan Mas’udi, Al-Biruni telah menulis buku ini. Dalam buku ini Al-Biruni membuktikan bahawa bumi, planet dan bintang adalah bulat, baik yang tidak bergerak mahupun yang bergerak, kemudian bumi  berputar mengelilingi matahari dan bulan berdasarkan garis paksi mengelilingi bumi. Dia menemukan gerakan kerak bumi yang berputar condong, dan gerakan peredaran bumi mengelilingi matahari dalam satu tahun. Ia mengemukakan konsep kekuatan graviti bumi, yang merupakan satu bukti bahawa bumi berputar pada paksinya.


Putaran bumi menurut Al Biruni

Ø Dalam bidang matematik, dia memberikan sumbangan yang signifikan bagi pengembangan matematik khususnya dalam bidang teori dan praktik aritmatik, bilangan aritmatik, teori nisbah, geometri dan lainnya. Sumbangan terbesar Al-Biruni adalah pemikirannya dalam bidang matematik iaitu konsep besar sudut segitiga 180 darjah  dan memperkirakan nilai pi( π )  adalah 3.14 dan nilai 0,68 untuk sin (40 dg).



Geometri ,pi (π) dan nilai sin

Dalam Bidang Antropologi

Ø    Dalam ilmu sosial, Al-Biruni diangkat sebagai antropologi pertama di dunia. Ia menulis secara terperinci berkaitan dengan antropologi manusia, agama, dan budaya di Timur Tengah, Mediterania, serta Asia Selatan. Dia dipuji sejumlah ilmuwan kerana telah mengembangkan antropologi Islam.


Antropologi, kajian tentang manusia dan kemasyarakatan

Ø     Berikut merupakan video yang dibuat oleh BBC documentary mengenai Al-Biruni dalam siapakah yang mencari besar sebenar bentuk bumi








Comments

  1. Nice beautiful background...chayok guys

    ReplyDelete
  2. emmm best la blog ni .... bnyk saya fpt belajar pasal tokoh2 ilmuwan...besar betul sumbangan diorang

    ReplyDelete
  3. best cuma harap penulis dapat gunakan warna yang lebih jelas untuk tajuknya, overall ringkas dan padat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

IBNU SINA (980M-1038M)

AL KHAWARIZMI (780M-850)