PENDAHULUAN

·     Evolusi sains iaitu perkembangan sains adalah satu topik yang sangat menarik kerana anda berpeluang memahami perkembangan sains secara ilmiah. Pada umumnya, evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden.
·     Tahukah anda bahawa sains moden yang berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani ialah kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Namun begitu, perkembangan sains dalam tamadun Islam yang berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi

·     Dalam konteks tamadun Islam, anda boleh saksikan bahawa sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Malah al-Qur’an yang merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Terdapat lebih kurang 756 ayat al-Qur’an, iaitu satu perlapan daripada keseluruhan al-Qur’an yang menyeru manusia mengkaji dan meneliti tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang wujud dalam alam tabii. Ayat-ayat inilah yang menjadi pendorong kepada saintis Islam lampau untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia seluruhnya.

Comments

Popular Posts

AL-BIRUNI (973M-1048M)

IBNU SINA (980M-1038M)

AL KHAWARIZMI (780M-850)