AL KHAWARIZMI (780M-850)
Sejarah dan latar belakang
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn
Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad
bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi
telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi,
al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada
tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup
sekitar awal pertengahan abad ke-9M.
Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Uzbekistan pada tahun
194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Al-Khawarizmi hidup pada zaman khalifah Al-Ma’mun (813-833M) dari
dinasti Abbasiyah. Kepandaian dan kecerdasannya mengantarkannya masuk ke
lingkungan Dar al-Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga penelitian dan
pengembangan ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid. Dia juga
bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat belajar matematik dan astronomi.
Selain itu ia juga dipercayai untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada
dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa
al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.Al-Khawarizmi juga
merupakan seorang guru algebra di Eropah.
Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi. Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang
Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi
telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia
diperakui oleh orang Barat. Ini dapat
dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi
telah diperolehi oleh orang-orang Timur....”
Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.
Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau
adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi
mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang genius sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini
telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi
dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.
Pencipta bilangan nol.
Ø Bayangkan jika tidak ada angka nol! Bagaimana kita akan menuliskan seratus, seribu, sejuta, dan lebih banyak lagi? Angka nol penting bagi suatu bilangan dan tentu berpengaruh terhadap ilmu-ilmu menghitung, ilmu pasti, ilmu alam, serta ilmu lainnya, dan ilmuan Islam-lah yang pertama kali menemukan bilangan nol. Dialah Muhammad Al-Khawarizmi. Nol adalah suatu angka dan digit angka yang digunakan untuk mewakili angka dalam angka. Angka nol memainkan peranan penting dalam matematika, yakni sebagai identiti tambahan bagi bilangan bulat, bilangan real, dan struktur aljabar lainnya. Sebagai angka, nol digunakan untuk tempat dalam sistem nilai tempat. Sejauh ini, belum ada sumber yang menjelaskan inspirasi Al-Khawarizmi menggunakan angka nol tersebut.
Aljabar (algebra) dan algoritma salah satu ilmu yang ditemui Al-khawarizmi
Mahir dalam bidang astronomi
Ø Selain menguasai bidang matematik, Al-Khawarizmi juga mahir di dalam bidang astronomi, astrologi, dan geografi. Di bawah Khalifah Ma’mun, sebuah pasukan astronomi yang dipimpinnya berhasil menentukan ukuran dan bentuk bundaran bumi. Di dalam bidang geografi, Al-Khawarizmi juga pernah memimpin tujuh puluh orang geologis untuk membuat peta dunia pertama pada tahun 830. Peta dunia tersebut kemudian dikenal dengan nama Peta Ptolemy karya intelektual muslim Al-Khawarizmi . Dengan ilmu astronomi, Al-Khawarizmi mengungkapkan ramalan tentang waktu Nabi Muhammad SAW dilahirkan secara cermat.
Peta Ptolemy yang merupakan karya intelektual Al- Khawarizmi
Ø Ini adalah documentari mengenai al-Khawarizmi
|
info yang padu. Nice work guys ! 👏
ReplyDeleteinfo yang amat memberangsangkan hati ini. dapat mengetahui tokoh2 islam yang gempak dalam sains dan teknologi 😬
ReplyDeleteBagus,good job,banyak info menarik
ReplyDeleteBagus,menarik,banyak info menarik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBesssttt sangattt ..!! hope ada sambungan lagi :)
ReplyDelete