KESIMPULAN
Kesimpulannya, Islam sememangnya telah banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan sains gunaan dalam tamadun Islam. Hal ini telah membuatkan tamadun Islam pada ketika itu disegani oleh tamadun-tamadun yang lain. Ianya membuatkan tokoh-tokoh Islam pada ketika itu terkenal dan disegani sehingga hari ini. Hasil daripada kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam telah menjadikan tamadun Islam pada waktu itu sebagai rujukan kepada seluruh dunia dan diumpamakan sebagai gedung ilmu hasil daripada karya-karya dan tulisan mereka. Oleh itu, jadikanlah tokoh-tokoh Islam ini sebagai contoh untuk kita berjaya, sesungguhnya Allah itu akan maha pemurah lagi maha menyayangi.
Comments
Post a Comment