Posts

Showing posts from March, 2017

AL-BIRUNI (973M-1048M)

Image
Al-Biruni  (973M-1048M) Sejarah dan latar belakang Nama sebenar beliau adalah Abu Raihan Muhammad Bin Ahmad Al Biruni. Dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Khath pada 15 September 973 dan meninggal dunia pada 13 Disember 1048. Beliau digelar sebagai Al-Biruni yang bermaksud "Asing" , ini dirujuk pada tempat kelahirannya yang ketika itu dikhaskan untuk pemukiman bagi orang asing. Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai pendidikan awal beliau, ini kerana tiada maklumat yang terperinci mengenai pendidikan awal Al-Biruni. Walaupun begitu ilmuwan Islam ini dikenali kerana sikapnya yang cintakan ilmu dan rajin membaca serta menulis ketika usia remajanya. Sekitar usianya 17 tahun beliau telah menunjukkan ciri ciri seorang ilmuwan apabila meneliti garis lintang bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitude maksima matahari. Pada usia 22 tahun beliau telahpun mempunyai kajian bertulis yang bertajuk "Kartografi" yang merupakan cara pemetaan