Posts

Showing posts from April, 2017

AL KHAWARIZMI (780M-850)

Image
Sejarah dan latar belakang Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, U z bekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Al-Khawarizmi hidup pada zaman khalifah Al-Ma’mun (813-833M) dari dinasti Abbasiyah. Kepandaian dan kecerdasannya mengantarkannya masuk ke lingkungan Dar al-Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga penelitian dan pengembangan ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid. Dia juga bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat belajar matematik dan astr

IBNU SINA (980M-1038M)

Image
Sejarah  dan latar belakang Ø      Ibnu Sina atau nama sebenarnya Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina,  dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi .  Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan  1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenang  ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun selepas  itu, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.   Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia  18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Man